-->
twitter

Bila cikgu berceloteh.. inilah hasilnya...

rss


click to create your own

Pages

  • Home
  • Aktiviti
  • Tutorial
  • Latihan

Info Kata Banyak Makna

Info Kata banyak makna


Kata banyak makna bermaksud perkataan yang mempunyai lebih daripada satu maksud.
Makna perkataan yang berbagai-bagai ini dibezakan dalam konteks ayat yang berlainan.

Kata banyak makna terbahagi kepada tiga bentuk:

1. kata dasar


Contoh: makan


            a. Shaari makan nasi lemak.
               (menunjukkan perbuatan makan)
            b. Abu ialah seorang yang suka makan kawan.
               (mengambil kesempatan terhadap seseorang kawan)
            c. Rudi bekerja makan gaji.
               (bekerja dengan seseorang)

2. kata berimbuhan


Contoh; menjelaskan

             a. Kami terpaksa menjelaskan perkara yang sebenarnya.
                 (menerangkan / menghuraikan dengan lebih lanjut)
             b. Pak Sudin telah menjelaskan hutangnya.
                 (membayar / menyelesaikan sesuatu)

3. kata ganda


Contoh;diam-diam

            a. Dalam diam-diam, dia keluar dari rumah sewanya.
                (secara senyap-senyap)
            b. Murid diminta duduk diam-diam ketika ketiadaan guru.
                (tidak berbuat apa-apa / tidak berbuat bising

Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
0 comments |

Jom semua kita mula belajar..

Salam semua...
            Dah lama cikgu tak bercelotehkan? Jom hari ini kita mula belajar. Tak boleh main-main lagi.. hehehe.. Ok hari ini cikgu  fokuskan dengan Tatabahasa iaitu Kata Banyak Makna.  Ok cikgu hendak tanya semua  apa itu Kata Banyak Makna?  

   Gambar hiasan  

              Kata banyak makna ialah kepelbagaian makna yang terdapat dalam sesuatu perkataan tersebut. Kelainan makna itu dapat kita lihat dari perbezaannya melalui konteks ayat yang berlainan. Perkataan, makna dan ayat contoh seperti yang berikut :
  1. Ada
    • hadir, wujud
      • Saya masih ada di sini sejak tadi.
    • mempunyai
      • Rosli ada dua pasang kasut.
    • terdapat
      • Ada sejambak bunga di atas meja.
  2. Badan
    • tubuh. jasad
      • Kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan.
    • kesatuaan,sesuatu kumpulan tertentu
      • Sebuah badan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat kes itu.
  3. Cetek
    • tidak dalam (air)
      • Oleh sebab kini musim kemarau, air telaga di rumahnya menjadi semakin cetek.
    • tidak dalam ( pengetahuan )
      • Pengetahuan amnya yang cetek menyebabkan dia selalu dipermainkan oleh rakan-rakannya.

Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
0 comments | Read more »

Burung Kakak Tua


Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
0 comments |

Imbas kembali Bahasa Melayu Pemahaman anda

Salam semua..

Hari ini cikgu hendak imbas kembali Bahasa Melayu Pemahaman anda semua. Mungkin ada yang terlupa dengan Kata Nama Am, Kata Nama Khas dan lain-lain. Sebelum cikgu memilih tajuk utama untuk blog cikgu ini, cikgu hendak ingatkan semua dengan Bahasa Melayu anda..



Latihan Tatabahasa 2

Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
0 comments |

Jong-Jong Inai


Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
0 comments |

Jom bersukan

Salam...

Hai semua. Apa khabar? Jumpa lg. Kali ini cikgu hendak kongsi gambar-gambar sukan sekolah cikgu. Mmg penat pg sekolah ptgnya ada sukan pulak dan lagi bez esoknya sekolah. terima kasih cikgu sbb tidak bg kami cuti. ok tukar tajuk jom kita tgk gambar sekitar hari sukan.



 Rumah merah siap bertopeng lg.

 Ini rumah hijau garang betul 

 ha inilah juara untuk tahun ini rumah kuning. 
warna diraja gitu..

 atlet sek. berjaya sungguh cikgu kita tu..

 kuning lg.. jgn mrh..
kami juara

 ok jom berikrar. UP!

 ini ucapan perasmian

 lari jgn tak lari.. Go kuning..

 ish.. golek-golek

 cikgu kami panas la

 fokus itu penting.. ish bola ini susah plak nk kawal.

 selamat datang semua

 lompatla tinggi-tinggi..

 berteduh jap..

 awat jauh sgt ini.. senaman pinggan..

 milik siapa piala ini.. semestinya rumah kuning

 tahniah 

tahniah




Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
0 comments |

Chan Mali Chan


Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
0 comments |

Lagu tiga kupang



Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
0 comments |

Salam Perkenalan

Siapa pemilik blog ini?
ce teka ce teka..

eh gambar siapa ini?

kawan-kawan rasa gambar dkt ats itu gambar siapa ye?

hehehe... itulah gambar saya pemilik blog ini. Nama diberi Nor Edayou binti Mohd Ariffin atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Ayu. Kenapa panggil cikgu? sbb saya seorang warga pendidik atau lebih dikenali dengan cikgu. Kini saya bertugas di Sek.Keb.Kg.Pahang sebagai Penolong Kanan 1. Kini saya bukan sahaja seorang cikgu saya juga seorang pelajar UPSI. Kini saya disemesta 1.

Kenapa wujudnya blog ini?

Tidak puas membebel mencurahkan ilmu disekolah, saya mengajar pula melalui blog. hehe.. bukan itu sebabnya. tujuan utama saya membuat blog ini untuk menyempurnakan tugasan subjek teknologi saya. dengan adanya blog ini saya dapat menyajar dan berkongsi info dengan kwn-kwn cikgu saya dan paling penting memberi info terkini kepada anak murid saya. Bukan itu sahaja dengan adanya blog ini ia memudahkan teknik saya mengajar. Seperti yang sedia maklum, kini teknologi merupakan salah 1 platform untuk mengajar. Ia memberi byk kemudahan dan juga dapat membantu murid-murid untuk memahami pelajaran dengan mudah. Ha tgk dh lebih pulak saya membebel.. ok tunggu post saya yg baru.

Sebelum akhir tulisan saya. Jom layan video bwh ini.



Dh tgk video atas ini? hehe.. sebagai seorang cikgu tidak akan lari dengan ucapan ini. Perkara inilah yang akan dirindui bila dah pencen nanti.. ok semua. saya undurkan diri dulu.. jumpa dilain post. Salam

Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
0 comments |
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

About Me

My photo
Cikgu Ayu
View my complete profile

Koleksi Angry Birds

Koleksi Angry Birds
My UPSI portal | myLMS | portal Pend. Utusan |

Feedjit

Jom kira-kira

Free Counter | DiseƱo Web


Followers

Blog Archive

  • ▼  2011 (23)
    • ►  December (1)
    • ►  November (13)
    • ▼  October (9)
      • Info Kata Banyak Makna
      • Jom semua kita mula belajar..
      • Burung Kakak Tua
      • Imbas kembali Bahasa Melayu Pemahaman anda
      • Jong-Jong Inai
      • Jom bersukan
      • Chan Mali Chan
      • Lagu tiga kupang
      • Salam Perkenalan
Powered by Blogger.
Blogger Template by Blogger Template Place - Blogger Templates Gallery. All rights reserved.
Designed by Certified Public Accountants.