-->
twitter

Bila cikgu berceloteh.. inilah hasilnya...

rss


click to create your own

Pages

  • Home
  • Aktiviti
  • Tutorial
  • Latihan

Jom semua kita mula belajar..

Salam semua...
            Dah lama cikgu tak bercelotehkan? Jom hari ini kita mula belajar. Tak boleh main-main lagi.. hehehe.. Ok hari ini cikgu  fokuskan dengan Tatabahasa iaitu Kata Banyak Makna.  Ok cikgu hendak tanya semua  apa itu Kata Banyak Makna?  

   Gambar hiasan  

              Kata banyak makna ialah kepelbagaian makna yang terdapat dalam sesuatu perkataan tersebut. Kelainan makna itu dapat kita lihat dari perbezaannya melalui konteks ayat yang berlainan. Perkataan, makna dan ayat contoh seperti yang berikut :
  1. Ada
    • hadir, wujud
      • Saya masih ada di sini sejak tadi.
    • mempunyai
      • Rosli ada dua pasang kasut.
    • terdapat
      • Ada sejambak bunga di atas meja.
  2. Badan
    • tubuh. jasad
      • Kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan.
    • kesatuaan,sesuatu kumpulan tertentu
      • Sebuah badan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat kes itu.
  3. Cetek
    • tidak dalam (air)
      • Oleh sebab kini musim kemarau, air telaga di rumahnya menjadi semakin cetek.
    • tidak dalam ( pengetahuan )
      • Pengetahuan amnya yang cetek menyebabkan dia selalu dipermainkan oleh rakan-rakannya.
         Ok macam mana semua faham dengan kata banyak makna? cikgu harap dengan contoh yang cikgu bagi tadi dapat membantu untuk semua lebih faham lagi. Sebulum akhir post kali ini, cikgu tinggalkan lagi contoh-contoh kata banyak makna. Harap semua dapat lebih faham dengan tajuk kita hari ini.

Kata Banyak Makna

Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
0 comments |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

About Me

My photo
Cikgu Ayu
View my complete profile

Koleksi Angry Birds

Koleksi Angry Birds
My UPSI portal | myLMS | portal Pend. Utusan |

Feedjit

Jom kira-kira

Free Counter | Diseño Web


Followers

Blog Archive

  • ▼  2011 (23)
    • ►  December (1)
    • ►  November (13)
    • ▼  October (9)
      • Info Kata Banyak Makna
      • Jom semua kita mula belajar..
      • Burung Kakak Tua
      • Imbas kembali Bahasa Melayu Pemahaman anda
      • Jong-Jong Inai
      • Jom bersukan
      • Chan Mali Chan
      • Lagu tiga kupang
      • Salam Perkenalan
Powered by Blogger.
Blogger Template by Blogger Template Place - Blogger Templates Gallery. All rights reserved.
Designed by Certified Public Accountants.