Salam semua
Hari ini cikgu tinggalkan semua dengan beberapa contoh soalan. Cikgu harap semua dapat menjawab soalan yang cikgu sediakan.. Jawapan soalan ini cikgu akan post kan bila semua soalan sudah dijawab.
1 I Cahaya hari ini hangat sekali.
II Tidak lama lagi, abang akan memperoleh seorang cahaya mata.
III Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
IV Air muka Sara cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu.
A. I dan II B. II dan III
C. I dan IV D. III dan IV
2 I Kawasan yang rendah itu selalu dilanda banjir.
II Barang yang murah tidak semestinya bermutu rendah.
III Harga kereta nasional lebih rendah daripada harga kereta import.
IV Kebanyakan murid daripada kelas ini rendah dalam mata pelajaran Sains.
A. II dan III B. III dan IV
C. I,II dan III D. I,III dan IV
3 I Dia diminta bentang permaidani di ruang tamu.
II Bentang yang ditarik oleh kerbau itu sudah reput.
III Kertas kerja ini akan kami bentang pada petang ini.
IV Penyakitnya bentang kerana mengingkari arahan doktor.
A. I dan II B. I dan IV
C. II dan III D. II dan IV
4 I Kami sampai sejambak bunga kepada guru.
II Paras banjir di Taman Tuna sudah sampai aras bahaya.
III Kereta api dari Johor akan sampai pada pukul 8:00 malam.
IV Sampai hari ini, dia masih belum memulangkan buku cerita itu.
A. I dan III B. III dan IV
C. I, II dan IV D. II,III dan IV
5 I Pegawai yang makan suap itu telah ditangkap.
II Perjalanan kami tadi makan masa selama setengah jam.
III Letupan bom itu telah makan beberapa buah bangunan.
IV Kemalangan itu berpunca daripada brek keretanya yang tidak makan.
A. I,II dan III B.I, II dan IV
C. I,III dan IV D. II,III dan IV
6 I Beg itu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.
II Usahlah dirisaukan dengan masalah yang ringan itu.
III Beberapa orang mendapat cedera ringan dalam kemalangan itu.
IV Soalan-soalan dalam ujian itu ringan dan mudah diselesaikan.
A. I dan III B. II dan III
C. I, II dan III D. II,III dan IV
7 I Liong baru sahaja baik daripada selesema.
II Hubungan Aida dengan Nurul memang baik.
III Almari buruk itu masih boleh baik dan dapat dijual.
IV Kesihatannya masih baik walaupun usianya telah lanjut.
A. I dan IV B. II dan III
C. I, II dan IV D. II,III dan IV
8 I Bunga tayar kereta itu melintang.
II Ailin suka memakai baju yang bunga.
III Syarifah menghadiahkan sejambak bunga kepada gurunya.
IV Emak memperoleh banyak bunga daripada wang simpanannya.
A. I dan IV B. III dan IV
C. I,II, dan III D. I, III dan IV
9 I Jambatan itu sudah siap bina.
II Yoong ambil bina terhadap nasihat gurunya.
III Lena mengikuti kursus seni bina di universiti.
IV Bangunan baharu itu akan kami bina tidak lama lagi.
A. I dan II B. I dan III
C. II dan III D. III dan IV
10 I Usianya baru lima tahun..
II Adik masuk ke bilik baru tidur.
III Ayah Kamariah baru balik dari pejabat.
IV Kelvin baru membeli sebuah basikal yang berwarna biru.
A. I dan II B. II dan III
C. I, II dan III D. I, III dan I