-->
twitter

Bila cikgu berceloteh.. inilah hasilnya...

rss


click to create your own

Pages

  • Home
  • Aktiviti
  • Tutorial
  • Latihan

latihan 9

61
 I Pihak polis telah menahan kedua-dua perompak bank itu.
II Walaupun bilangan mereka sedikit, anggota tentera itu tetap menahan
di kubu tersebut.
III Pemandu itu menahan oleh polis kerana melanggar kesalahan jalan
raya.
IV Aminah mengerang kerana tidak dapat menahan kesakitan.

A I dan II
B I dan IV
C II dan IV
D III dan IV

62
 I Kuih itu dipanggil cakar ayam.
II Bangunan itu tinggi cakar langit.
III Pipi saya berdarah cakar oleh Ali.
IV Anjing mempunyai cakar sedangkan kerbau pula tidak.

A I dan II
B I dan III
C I dan IV
D II dan IV

63
 I Harga kereta semakin susut sejak akhir-akhir ini.
II Kain itu akan susut apabila dibasuh.
III Badan anak saya susut selepas demam.
IV Kasutnya susut sebab dia semakin membesar.

A I dan III
B I, II dan III
C I, II dan IV
D II , III dan IV

64
 I Dasar rumah itu berlubang-lubang.
II Galian itu telah ditemukan di dasar laut.
III Dia menyimpan perasaan sayang di dasar hatinya.
IV Pihak polis tidak mempunyai dasar yang kukuh untuk mensabitkannya
dengan kesalahan itu.

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

65
 I Dia bertaubat demi kelakuan buruknya.
II Demi Tuhan, sesungguhnya saya tidak berbohong.
III Dia meneruskan perjalanannya demi ribut melanda.
IV Rokiah serta-merta menangis demi mendengar berita sedih itu.

A I dan III
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

66
 I Dia ganjil memikirkan masalah hidupnya.
II Binatang yang ganjil itu ditemukan oleh sekumpulan saintis.
III Nombor bulat yang bukan nombor genap disebut nombor ganjil.
IV Kerosakan ganjil akan menyebabkan seseorang diserang penyakit buah
pinggang.

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

67
 I Mereka yang memiliki gigi yang jarang dikatakan amat cemburu orangnya.
II Rambut yang jarang mudah untuk diurus.
III Bomoh itu membacakan jarang bagi menghalau kuasa jahat.
IV Pemain itu diketepikan kerana dia jarang hadir untuk menjalani latihan.

A II, III dan IV
B I, II dan IV
C III dan IV
D II dan IV

68
 I Adunan capati ini perlu kamu kacau supaya menjadi lembut.
II Along selalu kacau kehidupan pemiutangnya.
III Bilik itu kacau sekali setelah kemasukan pencuri.
IV Fikiran Pak Jamil kacau apabila memikirkan masalahnya.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV


69
 I Lapan puluh peratus ekonomi negara bergantung pada eksport bahan mentah.
II Berkerut-kerut keningnya apabila memikirkan nasibnya yang mentah.
III Buah mangga yang masih mentah digemari oleh sesetengah orang.
IV Pak Halim belum dapat melupakan peristiwa yang masih mentah.

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

70
 I Pemandangan di sini amat selesa.
II Saya rasa amat selesa tinggal di sini.
III Keputusan itu dibuatnya semasa selesa.
IV Saya berasa tidak selesa apabila berada di sisinya.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D I, III dan I


Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
0 comments |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

About Me

My photo
Cikgu Ayu
View my complete profile

Koleksi Angry Birds

Koleksi Angry Birds
My UPSI portal | myLMS | portal Pend. Utusan |

Feedjit

Jom kira-kira

Free Counter | Diseño Web


Followers

Blog Archive

  • ▼  2011 (23)
    • ►  December (1)
    • ▼  November (13)
      • latihan 9
      • latihan 8
      • Dayung sampan
      • latihan 7
      • latihan 6
      • Rasa Sayang eh rasa sayang
      • latihan 5
      • latihan 4
      • Hari Kanak-kanak SKKP
      • Latihan 3
      • Latihan 2.
      • Jom buat latihan 1
      • Enjit - Enjit Semut
    • ►  October (9)
Powered by Blogger.
Blogger Template by Blogger Template Place - Blogger Templates Gallery. All rights reserved.
Designed by Certified Public Accountants.